google translet

Nuffnang

Followers

Facebook Fanpages

Tuesday, May 15, 2012

Thank You Nuffnang



Prasasti Jiwa:

Setelah hampir 5 tahun menjadi blogger. Bulan ni baru dapat sedikit hasil iklan dari Nuffnang.

Syukur. sekurang-kurangnya ada orang nak bagi duit free he3

Thank You Nuffnang.



p/s: nampak sgt xramai org yg dtg blog aq hahahah

Friday, April 13, 2012

Bukan Kejar Dunia


Assalamulaikum & Salam hari Jumaat.

Alhamdulillah, baru saja selesai menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Muhsinin Taman Desa Kuala Lumpur. Di sinilah rumah Allah yang aku kunjung tatkala waktu bekerja. (dan semua orang yang bekerja di sekitar Taman Desa ini memang akan berkunjung ke sini). Tapi hari ni tak sempat untuk mendengar khutbah Jumaat sebab sampai agak lewat jugak.Sejak beberapa minggu ni cepat pulak khutbah jumaat di masjid ni...biasanya habis solat pun dalam 2pm lebih...mungkin sebab waktu solat dah semakin awal. agaknya. peluh dekat badan tak kering-kering lagi ni sebab gigih jalan kaki ke masjid. (ok cukup cerita pasal ke Masjid,nanti orang cakap bajet alim pulak).

Kali ini, aku lebih suka berkongsi tentang Kejayaan Di Dunia!

Setiap dari kita yang hidup di dunia ini pasti mengimpikan Hidup yang bahagia. Bahagia bukan setakat bahagia dalam Batin tapi juga Zahir.

kerana kita semua percaya yang hidup ini hanya sekali! Oleh itu, kita semua menginginkan yang terbaik dalam kehidupan di dunia yang fana ini. dan kita akan buat sedaya upaya untuk mencapainya.

dulu, aku fikir, lepas belajar dan menggenggam Ijazah, kehidupan akan lebih mudah! Maka aku gigih mendapatkkannya (meskipun Ijazah itu bukan Ijazah yang aku idam2kan). tapi sekurang-kurangnya aku sudah merasai berada dalam kalangan orang yang mempunyai 'segulung ijazah'.

Benarlah, kehidupan bukannya pernah ada titik noktah (melainkan Mati). kerana setiap kehidupan punya fasa-fasa yang perlu di lalui dan ianya berbeza pada setiap fasa.

dan kini aku berada dalam fasa 'Alam Pekerjaan'!

Fasa yang penuh dengan dugaan dan rintangan. aku rasa fasa ini adalah fasa yang paling sukar. Kerana kehidupan ini terikat dengan Wang. Wang telah menguasai manusia untuk terus hidup. Tanpanya kita hanyalah manusia biasa di mata Manusia.

Kadang-kadang, hingga satu tahap aku tersedar, yang manusia sendiri yang menyebabkan diri mereka terlalu mengejar Duniawi hingga terlupa Kehidupan yang Nyata adalah di Akhirat kelak. Perkara ini sering kita lupa dan alpa. kita mendahulukan perkara Duniawi dan meletakkan Akhirat perkara terakhir.

Sedangkan, kita perlu mengimbanginya.

Tanyalah setiap dari kita, (yang sudah berkerjaya) sedar ataupun tidak kita lebih takut dan gerun dengan Boss di pejabat berbanding Allah, Kita takut jika kerja kita tidak siap pada masanya berbanding mempercepatkan Ibadah pada Allah, Kita boleh on time datang ke pejabat berbanding on time datang ke Masjid untuk menunaikan Ibadah, dan kita boleh membaca berita di surat khabar tiap2 hari sedangkan membelek sehelai Al-quran tersangatlah susah.

dan perkara-perkara ini sebenarnya di sebabkan oleh kita meletakkan Kerjaya yang ingin kita bina berada di tahap pertama dalam kehidupan! Percayalah ianya sememangnya perkara yang benar.

Jika pangkat dunia yang kita kejar, maka kita tergolong dalam golongan yang sangat Rugi melainkan kita mengimbanginya.

sejujurnya, kerjaya aku sekarang bukanlah kerjaya yang aku inginkan. Kalau ikutkan rasa hati, sudah lama aku meninggalkan kerja ini. Tapi, aku tidak mahu jadi manusia yang cepat mengalah.

aku percaya Tuhan punya perancangan yang terbaik untuk aku. dan mungkin ini yang terbaik untuk aku setakat ini. Mungkin juga, aku tidak meletakkan 'syukur' dalam hati lantas hidup tidak pernah rasa puas. atau juga aku tidak menganggap Kerja juga adalah Ibadah.

semoga Tuhan merahmati dan memberkati setiap kerja yang aku lakukan. Amin.

sekian.

wassalam~



p/s: Boss aku pernah cakap, blogging bukanlah satu hobby yang baik dan jangan pernah letak dalam Resume! ok fine.

Friday, March 30, 2012


Assalamualaikum & Salam Jumaat.

Agak lama tidak menulis di alam maya, sejak dua menjak ni hati sudah tidak ada rasa mahu menukir kata-kata bagi berkongsi setiap inci jiwa. Bukan merajuk mahupun membawa diri. Cuma masa terlalu cemburu dan kesibukan menguasai kehidupan.

Mungkin juga, hidup masih mencari kestabilan kerjaya, menyebabkan setiap perkara yang di fikirkan tidak penting di tolak ke tepi. (buan bermaksud memblogging adalah membazir masa, cuma masa tidak mengizinkan).

terlalu banyak untuk di kongsi, tapi biarlah satu persatu. kerana aku percaya ke sini juga akan aku mengadu. kepada anda yang sudi membaca.

sejak dua menjak ni juga, aku terfikir untuk kembali aktif di blog. lagi-lagi sejak boleh menuntut beberapa RM dari Nuffnang dan juga Pilihan Raya ke-13 yang semakin dekat (percayakah anda yang blog ini pada awalnya sangat aktif bercerita tentang Politik semasa ketika dan selepas PRU 12 pada tahun 2008).

bukan itu saja, di ruang-ruang minda ini juga ada terfikir untuk menghasilkan sebuah Novel. Terlalu banyak idea berlegar-legar di minda, sayang jika tidak menghasilkan sesuatu. sekurang-kurangnya memeriahkan industri buku di Malaysia. (meskipun statistik pembaca buku di Malaysia masih berada pada tahap lemah).

aku percaya, karya yang baik pasti akan mendapat tempat jika ikhlas dan jujur menghasilkannya.

dan jika anda perasan sejak akhir-akhir ini, aku lebih suka menge'post' lagu/lirik ataupun puisi hati kerana itu juga bagi aku salah satu 'luahan' isi hati yang boleh di kongsi dari perspektif begitu.

kerana perasaan adalah benda subjektif yang sebenarnya sukar untuk di zahirkan melaikan dengan kata-kata : )

ok lah, sampai di sini saja.

berjumpa lagi nanti.



p/s: Semoga setiap jiwa-jiwa dari kita, punya secebis rasa untuk saling sayang-menyayang!

Tuesday, February 14, 2012

Tentang Rasa






Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Ijinkan ku lepas penatku
‘tuk sejenak lelap di bahumu
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

44# Prasasti Jiwa


Benarkah Bintang selalu menemani Bulan
di kala hitam merajai malam
di saat ombak segan memukul pantai
dan alam mula membisu
tanda berzikir pada pencipta
yang satu

Aku yang masih termangu
mengetuk pintu hati
Benarkah Pungguk masih merindu Bulan

Andai Benar

Wahai Sang Bintang
bertebaranlah beriku petunjuk

Utara
Barat
Selatan
atau Timur?

agar persoalan ini terlerai~